Kerjaya antarabangsa Patrick Cutrone

Belia

Cutrone telah mewakili Itali di peringkat pasukan bawah-15, bawah-16, bawah-17, bawah-18 dan bawah-19 dengan menghasilkan jumlah 57 penampilan dan 27 jaringan gol direkodkan.[48] Lebih penting lagi, beliau merupakan sebahagian daripada skuad Itali yang beraksi di Kejohanan Eropah Bawah-17 2015 dan Kejohanan Eropah B-19 2016.[49][50]

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 Itali pada 1 September 2017 dalam perlawanan persahabatan menentang Sepanyol. Pada tiga hari kemudian, beliau beraksi dalam perlawanan keduanya bersama pasukan bawah-21 ketika menentang Slovenia yang mana beliau menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan yang diwakilinya itu dalam perlawanan yang berakhir dengan kemenangan 4-1 memihak kepada Itali.[51]

Cutrone merupakan sebahagian daripada skuad bawah-21 Itali yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Eropah Bawah-21 2019 yang berlangsung di negara tanah airnya.[52] Beliau telah menjaringkan gol dalam aksi terakhir peringkat kumpulan menewaskan Belgium 3-1 pada 22 Jun. Namun, Itali disahkan tersingkir daripada kejohanan selepas menamatkan kempen di tempat kedua di belakang Sepanyol tetapi berkongsi enam mata dengan pasukan Sepanyol dan Poland. Itali juga berada di kedudukan pasukan di tangga kedua yang kedua terbaik selepas Perancis yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir kejohanan.[53]

Senior

Pada Mac 2018, beliau telah dipanggil untuk menyertai skuad senior buat pertama kali ketika di bawah kendalian pengurus sementara Luigi Di Biagio untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Argentina dan England yang berlangsung pada hujung bulan.[54] Pada 23 Mac, beliau melakukan penampilan sulungnya bersama skuad senior ketika menentang Argentina yang tamat dengan kekalahan 2-0..[55]

Rujukan

WikiPedia: Patrick Cutrone http://gianlucadimarzio.com/it/g-factor-patrick-cu... http://www.goal.com/en-za/match/cs-u-craiova-vs-mi... http://www.goal.com/en/match/shkendija-v-milan/ehb... http://www.skysports.com/football/news/12022/11294... http://www.uefa.com/teamsandplayers/players/player... http://www.figc.it/en/204/2527865/2015/05/News.sht... http://www.figc.it/en/204/2533236/2016/07/News.sht... http://www.figc.it/nazionali/DettaglioConvocato?co... http://www.gazzetta.it/Calcio/Serie-A/Milan/03-08-... http://www.legaseriea.it/en/coppa-italia/match-rep...